Tuesday, 30 June 2015

Promosi.. promosi Salam Lebaran


Bulan Syawal akan tiba.. Nak jalan-jalan kunjung mengunjung dengan kereta baru, oooo tak cukup budget.. Apakata kita kilatkan je kereta sediaada. Kami ada buat promosi bulan ramadhan ini.

Pakej Polish (RM 250.00) wah!!!

  • Car Wash
  • Vacuum
  • Tyre & Rubber Shine
  • Rubber Mat Cleaning
  • Dashboard Cleaning
  • Lacquer, Polish & Wax
Kereta anda akan berkilat-kilat, cuba jangan tak cuba. Boleh datang terus atau watsapp dulu di no 012-7981973.

Semalam empat biji kereta datang wat polish.. anda bila lagi.



Sunday, 14 June 2015

Car Grooming

Mengapa kenderaan saya perlu dicuci dan diwax?
Cuci dan wax dapat membantu melindungi kenderaan anda daripada pencemaran sekitar dan calar-calar kecil, ia juga dapat mengekalkan dan menjaga cat kenderaan anda agar tetap terpelihara.

Apakah yang akan berlaku jika ia tidak dibersihkan?
Bahan cemar seperti tahi burung, getah pokok dan garam mineral yang tedapat di persekitaran kita, jika ditinggalkan di permukaan kenderaan boleh menyebabkan kerosakan yang kekal pada cat kenderaan anda. Jangan ambil mudah, semakin lama cat pada permukaan kenderaan anda akan pudar dan tidak dapat dikembalikan seperti baru.

Apa yang boleh kita lakukan?
Kenderaan yang kita gunakan perlu kerap dicuci. Manakala wax dan polish hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi menjaga dan melindungi cat dan lapisan lilin keras di permukaan kenderaan anda.

10 langkah pembersihan permukaan luar
Syampu dan cuci
Basuh dengan air tekanan tinggi
Wax untuk membuang bahan cemar pada permukaan
Bersihkan tar degil dan kotoran
Bersihkan swirl marks
Polish
Letakan perlindungan cat
Wax Tyre
Bumper plastic dressing
Membersihkan tingkap dan windscreen

Kelengkapan Peralatan Car Wash

Premis kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Kelengkapan peralatan untuk cuci kereta, polish, wax dan sebagainya lengkap.

Peralatan paling penting dan paling best yang kami gunakan adalah Kärcher Water High Pressure Cleaners, ia juga dikenali sebagai Water Jet atau Water Spraying Pump. 

Ketahanan dan kekuatan air semburan akan menanggalkan kotoran pada langkah pertama basuhan kereta. Kärcher buatan German dapat memberi kekuatan semburan air yang stabil selama 8 jam tanpa henti. Selain itu ia ringan dan mudah untuk disimpan atau dibawa kemana-mana.


Snow Wash Tank pula adalah peralatan untuk menghasilkan buih-buih sabun setelah air disembur pada kenderaan anda. Selain daripada itu kami mempunyai Wet & Dry Vaccum Cleaner yang berkualiti. Peralatan untuk mencuci kotoran bahagian dalam kenderaan. 

Akhir sekali mesin polish. Mesin yang berkualiti tinggi kerana mesin seperti ini memerlukan ketahanan panas. Proses melakukan polish adalah lama dan kenderaan untuk di polish banyak.